13 February 2007

Kezutan


Ada benda yang aku nak cerita. Memang tak tahan la. Sampai sekarang nak gelak lagi. Har har har.

Tak tau la nape hari ni rasa nak makan coklat. Lepas makan maggi goreng dengan telur mata petang tadi, zupp! terus aku pergi Econsave beli Cadbury Fruits & Nuts.

Dah sampai opis aku pun makan la coklat tu. Ingat nak dapatkan mood balik sebab nak buat report mlm ni. Pelik gak tgok coklat tu sebab ada serbuk2 cekelat kat tepi2. Tengah mamam cekelat sambil layan Kevler kat YM, nampak something.

~toink~toink~ Ada ulat tengah lenggang lenggok jalan atas coklat aku.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Apa lagi mencarut la aku kat Kevler - sorry, ahakz! AKU DAH MAKAN LEBIH SEPARUH KO TAU! LAGI DUA PETAK LAGI KE GARISAN PENAMAT! Kevler suruh aku pergi Econsave wat report. Kalau diorang tak layan aku terpaksa report polis. Memula aku malas, tapi pas kena makan pujukan Kevler, aku pergi la.

Sampai2 je terus aku tanya keling kat kaunter tu. Dia pun tengok la pastu aku enjoy je tengok muke geli die. ~Iyeeerrr~ Pastu dia ajak lagi dua tiga minah Akonsave tengok same2. Ingat ape, free show ke.

Si leader pun datang tengok, pastu suh aku tunggu, diorang nak wat siasatan. Ampes, lama gila siasatan. Ingat ape CSI ke. Punye lama aku pusing Ekonsave tu tengok macam2, termasuk bahagian ikan masin, pastu aku terjumpa ada ikan pari masin dan kepala ikan masin. Terfikir plak eh kalau la semua benda boleh jadi masin, mmg 2 kali ganda produk boleh jual. AKu dah merepek.

Lama nyerr tunggu siasatan minah Conan tu sampai ada makcik cina ni tanya aku - time tu aku kat depan kotak2 lokam(limau mandarin). "Mana kotak 7ringgit 80sen? Ini besar mana? Kotak mana saiz 's'?" WOI INGAT MUKE AKU NI PEKERJA EKONSAVE KE? Aku faham la muke aku cam bangla sket, TAPI BAJU AKU PUNYE LA SMART! Sabo je la. Tapi aku takde la sound. Aku dengan baik hati dan murni jiwa, aku pun terangkan la camna nak tengok saiz kat kotak tu. Harga yg M macam mana.

Dah dah.. menyimpang jauh dah. Tu la tak bg signal. dah tau simpang empat (apek.copyright)

Pastu leader tu pun jumpe aku. Kami pun mengadakan perbincangan tergempar. Dia cakap expire date lambat lagi. So dia tak leh nak dipersalahkan. Diorang akan complain kat Cadburry. AND YANG PALING BEST, aku diberi pilihan untuk di hantar ke klinik panel atau ambil hamper. HAMPER?! Tadi aku turun tangga ada gak usha2 hamper2 kat atas tangga. "HAMPER YG KAT ATAS TANGGA TU?!"

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Aku cakap, "APAKAH INI?! CABUTAN BERTUAH KA?!" Dia recommend aku gi klinik panel dimana diorang akan byr la. Hahaha, takyah takyah, org gile yang tak penah tgok fear factor je yg gi klinik. Aku nak hamper. HAHAHAHA. "Nak hamper dgn cadburry boleh? hehe" Masa aku nak ambil hamper bukan main aku pilih2 yang mane best, sekali sama daa semua. Aku pun keluar Akonsave dengan senyuman sampai telinga. Balik YM, aku gelak YM kat kevler, die pelik, pastu die pun gelak guling2 - sbb emoticon die gelak guling...

Hurmm..camne la nak bawak balik hamper gedabak tu dgn motot. Nanti aku upload kan gambo tuh hehe

PS: time aku dah nak abis tulis blog ni, aku rasa semacam... patut ke aku gi klinik ek? =p Lagi satu, serbuk2 kat tepi coklat tu ape bende erk? :S

09 February 2007

Running again


What I can say about my life these pass few days.. it was beautiful. Three days workshop with a friend, the return of my powerbook, a wonderful japanese dinner with fantastic view over KL and meeting experienced FOSS people.

I got another big scratches too on my left arm. But still became beautiful. Did not expect that lot of careness and tenderness surrounded me.

PS CS3 crack, is to rename the application.sif to application.xx

  • sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.
  • sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.
  • operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.
  • pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama Muslim, secara langsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.
  • tidak boleh didedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggah prinsip keadilan dalam Islam.
  • setiap pelaksana hendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkin melanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan.

  • Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin here