13 June 2008

Kenapa bahasa baku?

Kalau tidak biasa memang nampak jelek. Perkataan jelek bukankah dari bahasa Indonesia?

Saya baru sedar yang bahasa kita dalam keadaan yang sangat pincang. Walaupun saya juga pernah menulis bahasa ibunda saya sendiri dengan cara yang salah, ejaan yang tidak betul, mungkin kerana poyo (poyo bukan perkataan yang benar-benar wujud, poyo adalah contoh perkataan yang telah dicipta oleh orang sezaman dengan saya). Saya juga sedar nilai bahasa melayu telah teruk diketepikan.

Faktor-faktor yang saya telah kenalpasti ialah penangan globalisasi dan idea-idea yang mengagumi nilai-nilai barat sehingga bahasa inggeris lebih dipandang mulia oleh orang Melayu sendiri. (Kenapalah bangsa kita dipanggil 'melayu', kenapa tak 'mengembang' ke, adakah orang terdahulu terlalu lurus untuk mengalih bahasa, sehingga perkataan inggeris 'malay' menjadi melayu? Kenapa tidak mengambil perkataan malaya menjadi erti bangsa daripada negara? Sebab saya percaya setiap perkataan yang difahami itu merupakan satu doa). Maaf. Rasanya saya telah jauh merepek :-p

Saya tersedar bila saya baru perasan yang abang root selalu menggunakan bahasa yang betul di ITTutor. Walaupun ramai yang sudah mengubah bahasa secara sesuka hati ikut gaya asing dan ejaan bahasa melayu yang berbau inggeris (botak:bowtuck), abang root tetap dengan pendiriannya sampai sekarang.

Kalau hendak difikirkan salah atau tidak, memang tidak salah pun ejaan atau tulisan sesuka hati dengan alasan, asalkan orang kedua dapat memahami apa yang disampaikan. Tanpa kita sedari kita telah mencampak buang salah satu dari nilai-nilai bangsa kita. Keterbukaan kita telah melampau. Kita sudah mengambil ringan hal ini.

Perubahan polisi negara untuk menekankan bahasa inggeris juga saya anggap bukan suatu kaedah yang paling tepat untuk memajukan bangsa. Saya tahu langkah ini dibuat untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris dikalangan anak muda tetapi mungkin perlaksanaannya kurang baik sehingga mengakibatkan kemerosotan kepenggunaan bahasa melayu.

Saya gemar mengambil contoh negara Jepun. Mereka berjaya bangkit dan maju dengan pesat tanpa bergantung dengan bahasa luar. (Janganlah ambil contoh lain yang tidak elok, sebab akan menunjukkan sempitnya fikiran anda) :-)

nota kaki: rasa gelihati sedikit sebab saya cuba menulis blog dengan menggunakan bahasa melayu yang betul
Kita sedia maklum bahawa internet bakal menjadi media penyampaian yang paling besar suatu masa nanti dan mungkin akan menggantikan kertas. Apa yang ditakuti, ilmu-ilmu yang telah ditulis di buku-buku mungkin akan dilupakan kerana remaja-remaja sekarang lebih mudah dan lebih gemar mendapatkan maklumat melalui internet. Jadi bagaimana hendak membawa penulisan-penulisan buku ke dunia internet?

Kita perlukan perpustakaan digital kerana masih banyak ilmu dari berbagai bidang masih sukar dicari di internet melainkan ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan sains komputer. Kita perlukan buku yang telah di-digitalkan dimana enjin pencarian yang maju seperi Google dapat mencari maklumat dari jutaan hasil penulisan yang telah dibukukan. Dan setiap buku, setiap bab hendaklah disertakan dengan metadata yang tepat agar hasil enjin pencarian lebih bermakna.

Sebenarnya idea dan imaginasi saya menggambarkan mesin pengimbas yang dapat menukar imej teks yang diimbas dari setiap halaman buku kepada teks digital dengan pantas. Teknologi pengimbas biasa yang ada sekarang berfungsi dengan sangat lambat.

Bagaimana jika kita menggunakan teknologi kejuruteraan mesin pengira wang dibank sebagai enjin untuk meyelak muka surat setiap buku dengan pantas. Kemudian kita menggunakan teknologi fotografi terkini untuk menangkap gambar dengan sepantas mungkin dan setiap gambar ditukar ke teks digital dengan menggunakan sistem komputer teragih.

Mungkin suatu hari nanti kita tak perlu ke perpustakaan semata-mata untuk membaca apa yang tidak dapat dicari di internet.

12 June 2008

VALUES MATTER!

I was attracted by what Carly Fiorina said.
"Values are the only one that lead you when no one’s watching and when you think that anyone will ever found out. Values matter!"
From Rizal's blog. Read more here.

11 June 2008