08 February 2008

isi khutbah hari ini yang melekat


Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sampai kita berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Kenapa nak majukan Islam? Lihatlah pada zaman kegemilangan Islam dulu. Sekarang kita bekerja hanya kerana tanggungjawab tapi kita tak dapat hubungkan tanggungjawab berkerja itu dengan ibadah. Dan kita tidak baca Quran dengan ertikata tidak memahami isinya dan menggunakannya untuk kebaikan diri sendiri.


dah dengar banyak kali tapi aku tetap lupa huhu. benda di atas ditulis ketika mendengar seperti murid menulis nota bila gurunya mengajar. nota nota di atas juga tidak mengikut turutan tapi mengikut sesuka hati apa yang melekat dalam kepala.

aku duduk di kawasan yang confirm orang takkan duduk sbb kalau nak masuk duduk sini kene kempiskan perut utk masuk celah tangga. lepas tu byk kain baju penyapu barang orang yang tido masjid kot. tah kenapa bila aku dok sini ramai pulak ikot duduk situ. selama ni tak pernah pun aku tengok orang dok sini.

orang orang ni tak nak jadi pertama. nak jadi pengikut je. lepas tu bila aku dah tak dok sini minggu depan dan seterusnya, mesti orang lain yang pernah duduk sini akan teruskan tradisi duduk sini... atau tidak. atau aku je yang kene start. huh

Cerewet Jual Beli

Kita beli makanan tengahari. Lepas tu diorang(penjual) ni letak harga sampai kita leh tercakap, "mahalnye,". Kemudian dia bagi muffin percuma pulak. Aku tergembira kejap tapi lepas seminit aku terpikir,peliknya bila penjual letak harga tinggi kemudian beri lagi makanan percuma... Aku rasa makanan yang diberi tu adalah contoh benda yang kita dipaksa beli. Betul ke kalau aku bagi rumusan yang kebebasan membeli kita terjejas? Mana ada benda percuma kat dunia ni. Makcik, saya tak mau muffin ni, saya nak makanan saya beli ni diletak harga berpatutan... Tengs.