21 July 2007

Nuri Fakapster

Bila dah ada orang mati, baru nak fikir ganti helikopter baru la, pasang beacon pada semua pesawat la, bla bla... Rasanya memang besar pengorbanan juruterbang yang terkorban. Hanya cara tu kot untuk memaksa kerajaan menukar helikopter baru atau mengambil langkah keselamatan.

Tapi kalau orang mati juga walaupun dah diambil langkah awal, boleh kot dimaafkan. Kalau terjadi pun (ajal di tangan Tuhan), kerajaan tetap akan ambil langkah terbaru juga untuk meningkatkan lagi itu dan ini. Tindakbalas kerajaan terhadap isu semasa adalah penting. Hanya penting untuk menunjukkan kepada rakyat, mereka mengambil berat tentang undian anda, bukan keselamatan juruterbang.

Jangan marah, kritikan itu penting. Tapi kalau saya kerajaan pun, saya faham. Ingat nak jaga isu pesawat je ke? Ingat senang ke nak jaga negara? Bukan nak ambil berat undian. Kita ikhlas buat kerja ni. Macam ni lah manusia, bila ikhlas mula la nak pandang serong.

Tapi ada je lakonan ikhlas, hati manusia Allah je yang tahu. Ingat! Padang mahsyar tu sebenar-benarnya ADA, di mana segala perbuatan mu dipertontonkan.

ps: ingat ni pasal nuri je ke, ni pasal orang kita la... jangan pening, ini lah fakapster.

No comments: