29 September 2007

Tips Kejut Orang Bersahur

Ditulis ImamKhalid melalui soleh.net

Pagi ni kita sambung sikit sesi panduan kita dengan tips-tips untuk kejutkan pasangan atau rakan kita untuk bersahur. Sahur merupakan ibadat, sunat untuk dilakukan. Jadi kalau tak bersahur, kurang lah pahalanya…

Baiklah, antara cara yang mula-mula kita lakukan ialah:

  1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau masih tak berkesan:

  1. Jerit nama dia kuat kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam.
  4. Tarik rambut dia sampai dia jatuh dari tilam.
  5. Goyangkan badan dia kuat-kuat sambil menjerit, “gempa bumi! gempa bumi! tsunami!
    tsunami!”
  6. Jerit “api! api! api!”
  7. Letak hidangan KFC atau McDonald atau pun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli di sebelah hidung dia - bagi dia ambik bau sikit.

Tapi kalau masih tak berkesan juga:

  1. Pergi kat telinga dia dan sebut, “maa rabbuka!” - sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Duduk bersila di sebelah dia dan baca surah yaa sin!

Tapi kalau masih tak berkesan juga, ini saja cara terakhir:

  1. Panggil orang masjid/surau untuk uruskan - kerana Tuhan lebih menyayanginya. Innaa liLlaahi wainnaa ilaihi rooji’uun.

Wallahu a’lam.

No comments: