13 June 2008

Kita sedia maklum bahawa internet bakal menjadi media penyampaian yang paling besar suatu masa nanti dan mungkin akan menggantikan kertas. Apa yang ditakuti, ilmu-ilmu yang telah ditulis di buku-buku mungkin akan dilupakan kerana remaja-remaja sekarang lebih mudah dan lebih gemar mendapatkan maklumat melalui internet. Jadi bagaimana hendak membawa penulisan-penulisan buku ke dunia internet?

Kita perlukan perpustakaan digital kerana masih banyak ilmu dari berbagai bidang masih sukar dicari di internet melainkan ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan sains komputer. Kita perlukan buku yang telah di-digitalkan dimana enjin pencarian yang maju seperi Google dapat mencari maklumat dari jutaan hasil penulisan yang telah dibukukan. Dan setiap buku, setiap bab hendaklah disertakan dengan metadata yang tepat agar hasil enjin pencarian lebih bermakna.

Sebenarnya idea dan imaginasi saya menggambarkan mesin pengimbas yang dapat menukar imej teks yang diimbas dari setiap halaman buku kepada teks digital dengan pantas. Teknologi pengimbas biasa yang ada sekarang berfungsi dengan sangat lambat.

Bagaimana jika kita menggunakan teknologi kejuruteraan mesin pengira wang dibank sebagai enjin untuk meyelak muka surat setiap buku dengan pantas. Kemudian kita menggunakan teknologi fotografi terkini untuk menangkap gambar dengan sepantas mungkin dan setiap gambar ditukar ke teks digital dengan menggunakan sistem komputer teragih.

Mungkin suatu hari nanti kita tak perlu ke perpustakaan semata-mata untuk membaca apa yang tidak dapat dicari di internet.

No comments: