15 July 2006

Moved on.

Kelmarin merupakan hari yang paling aku tak berapa suka seumur hidup aku. Tak boleh nak cakap benci sebab semua yang berlaku tu adalah kehendakNya. Kalau aku marah-marah, kira macam marah Tuhan. Semua muslim kena ingat tu. Jangan lupa. Apa yang berlaku biarlah aku seorang yang tahu. I moved on and I am forgetting things behind - masa, wang dan tenaga yang telah dibazirkan begitu sahaja.

Semalam aku pergi UPM untuk taklimat student-student yang akan buat thesis. Aku patut buat thesis sem lepas, tapi aku postponed ke sem ni sebab aku tak nak zip kan kerja, lecturer dan thesis dalam satu sem. Boleh koyak. So semester ni namanya semester extend ahakz! Dulu aku ni malas nak embil subject banyak-banyak. So aku ambil subject sikit-sikit - jumlah kredit pun sikit. Tu sebagai cara membantah stail orang atasan yang nakkan bebudak sains komputer study selama 3 tahun. Dia ingat orang yang study komputer, otak laju macam komputer? Ingat ilmu komputer sikit ka?

After taklimat semalam, aku call Muhaimin dak master nih sebab nak main basketball. Dah setahun setengah tak main, ditambah pula dengan tak stretching, hmm. Cram. Kao kao punya - sampai sekarang sakit. Petang ni plak Nan, member opis ajak futsal. Tah nak pergi ke tak. Karang kalau buat team kalah tak sedap pulak kan.

Malam semalam ada perjumpaan kelab LC. Aiseymen aku tak boleh cerita banyak lagi sebab baru first time join perjumpaan diorang. Tapi apa yang aku leh describe, this club memang best dan 'selamat'. Hehe. Next time aku akan letak la gambar and some stories. Memang best. Memang. Memang.

Ni tengah nak polish balik foundation aku pasal Virtual LAN. Dulu masa kecik-kecik aku pernah buat sekali dengan IPv6. So sebab buat start buat projek yang baru meletihkan, aku join venture untuk settle kan VLAN antara fakulti sains komputer dengan institut matematik. Budak practical lepas buat tapi tak fully siap. Hmm. Kena study jugak apa progress yang derang buat. Apsal dah tiga bulan praktikal tak dapat siapkan? Ini sure banyak masalah birokrasi. Biasa lah kan. Orang atas nak kita buat sesuatu untuk dia orang tapi had kan akses. Ayam. (saja nak cakap. takde kene mengena pun)

No comments: