26 June 2006

Masjid di Kongsi Tiga Agama.

Di Indonesia, sejurus selepas peristiwa bencana Tsunami, sukarelawan pelbagai bangsa dari beberapa negara jiran turut datang untuk membantu mangsa-mangsa bencana, tidak terkecuali juga orang-orang kita di Malaysia. Suatu perkara yang mengejutkan telah diketahui apabila orang-orang kita ingin mencari masjid atau surau untuk menunaikan solat. Lalu salah seorang bertanya dengan seorang penduduk di mana terdapatnya masjid berhampiran. Setelah diberitahu lokasi dan jalan, maka pergilah orang-orang Malaysia ini dan setelah tiba ke lokasi yang telah diberitahukan, terkejut lah mereka kerana di dalamnya selain bersejadah dan terdapat mimbar, dilihat juga salib-salib dan dan patung-patung Buddha di dalamnya. Oleh itu, kembali lah semula orang kita itu kepada penduduk untuk bertanyakan kembali. Iya benar, bangunan itu dikongsi oleh tiga agama, Islam, Kristian dan Buddha. Terjawab lah Tsunami bukan hanya bencana, malah bala yang telah diturunkan Allah S.W.T. Kisah ini saya dengar dari seorang ustaz semalam. Semoga diambil iktibar.

No comments: