14 June 2006

Sebuk

RTM telah membelanjakan RM11.5 juta untuk mendapatkan hak penyiaran secara langsung 47 perlawanan Piala Dunia dan FIFA hanya membenarkan siaran tersebut untuk ditonton oleh rakyat Malaysia sahaja. Oleh itu RTM telah mengubahsuai sistem penyiaran agar negara-negara jiran tidak dapat menerima siaran tersebut. Namun, memetik daripada Utusan hari ini:

"Laporan media di republik itu turut menyebut bahawa RTM sengaja melaraskan sumber satelitnya supaya hanya penonton di Malaysia dapat menerima siaran perlawanan Piala Dunia melalui RTM1."


Perkara sebeginilah yang akan meregangkan hubungan Malaysia dan Singapura. Pihak media seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mencorak pemikiran rakyat.

Santai cakap pasal bola jap. Semalam Korea menang Togo 2-1. Ceruk mana lah negara Togo ni ye. Aku pun tak pernah dengar. Mula-mula Togo lah yang score. Terus aku fikir diorang ni mesti 'underdog'. Tapi akhirnya Korea jugak lah yang 'under-underdog'. Selepas Japan kecundang, Korea aje lah harapan orang-orang Asia macam kita ni :-p Jadi, above all, GO KOREA! ARASSO!

No comments: